Polis buru individu dalam video tular  - Utusan Malaysia

Polis buru individu dalam video tular 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu terlibat dalam video seorang pengawal keselamatan dipukul dengan objek dipercayai cota sehingga tular di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, individu tersebut adalah mangsa suspek serta perakam video berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, individu terlibat sudah tidak bekerja di syarikat video itu dirakam.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku awal bulan ini di sebuah residensi dan  pusat beli-belah di Wangsa Maju.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam. tular video seorang lelaki sedang memukul lelaki lain yang berpakaian seragam pengawal keselamatan dengan sebatang kayu.

Walaupun lelaki dalam seragam pengawal keselamatan itu tidak melawan, penyerang terbabit terus memukulnya.

Video itu dipercayai dirakam pada 7 Julai lalu dan dimuat naik ke Facebook serta mendapat 437,000 tontonan serta 11,000 perkongsian.

Susulan insiden  itu, Kedutaan Nepal telah membuat laporan polis berhubung video tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi kedutaan melalui e-mel [email protected] atau talian hotline 016 247 2777.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya