Menggigil tahu budak sekolah bawah lori - Utusan Malaysia

Menggigil tahu budak sekolah bawah lori

POLIS memeriksa lori yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan di Jalan Panchor M17 berhampiran Jalan Maju, Kampung Panchor, Durian Tunggal, Melaka, hari ini. - UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Menggigil badan mengetahui ada murid terperosok di bawah lori.

Itu reaksi seorang pemandu lori,  R. Sankar, 36, setelah kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Panchor M17 berhampiran Jalan Maju, Kampung Panchor, Durian Tunggal, di sini hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 7 pagi melibatkan empat kenderaan itu meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, selain bapanya yang parah.

Mangsa ketika itu dibonceng bapanya yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Melana di sini.

Sankar berkata, kemalangan berlaku ketika dia dalam perjalanan dari arah Alor Gajah menuju ke Durian Tunggal sebelum bertembung dengan sebuah kereta Poton Wira dari arah bertentangan menyebabkan lori dipandunya terbabas ke bahu kiri jalan.

Sebelum itu, katanya, pemandu kereta berkenaan melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) menyebabkannya terbabas.

“Ketika mahu keluar daripada lori, saya terdengar jeritan suara lelaki dari bawah kenderaan meminta menyelamatkan anaknya.

“Saya melihat seorang lelaki berkenaan berlumuran darah dan badan saya  terus menggigil apabila diberitahu anaknya turut terperosok di bawah lori,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Soon We Kiang berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya