Keahlian Najib dalam UMNO bergantung keputusan rayuan - Utusan Malaysia

Keahlian Najib dalam UMNO bergantung keputusan rayuan

TENGKU Adnan Tengku Mansor melapah daging korban pada Majlis Ibadah Korban Perwakilan Penduduk Putrajaya di Presint 9, Putrajaya. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keahlian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam UMNO bergantung kepada keputusan rayuan kes beliau.

Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, masih terlalu awal untuk parti melucutkan keahlian Ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, masih ada masa untuk menilai dan menunggu keputusan rayuan kes tersebut.

“Dia (Najib) belum lagi bersalah. Kalau jatuh bersalah (di peringkat rayuan), kita akan keluarkan dia daripada parti. 

“Sekarang, masih dalam peringkat rayuan. Kita akan tentukan keputusan untuk Najib (lucut keahlian) selepas didapati bersalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ibadah korban di Presint 9 di sini hari ini.

Pada 28 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali, memerintahkan Najib dipenjarakan selama 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Ditanya sama ada keputusan bersalah terhadap Najib mencalarkan imej UMNO, Tengku Adnan berkata, ia masih terlalu awal untuk membuat anggapan berkenaan.

Beliau turut menyerahkan kepada rakyat menilai jasa dan sumbangan Najib serta kerajaan Barisan Nasional (BN) selama memerintah berbanding kerajaan Pakatan Harapan yang hanya 22 bulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya