10 lebuh raya berprestasi baik - MIROS  - Utusan Malaysia

10 lebuh raya berprestasi baik – MIROS 

KHAIRIL ANWAR ABU KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 lebuh raya di negara ini diiktiraf berprestasi baik dan diberi tiga bintang ke atas berdasarkan kurang kadar kemalangan maut dan kecederaan parah membabitkan pengguna. 

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr. Khairil Anwar Abu Kassim berkata, penarafan lebuh raya terbabit mengambil kira faktor kebarangkalian berlaku kemalangan maut dan kecederaan parah akibat pemanduan melebihi had laju.

Beliau berkata,  penarafan juga berdasarkan model penilaian jalan raya antarabangsa (iRAP) yang diguna pakai di lebih 90 negara.

“Bagi indeks kematian di lebuh raya raya pula, ia dikira berdasarkan bilangan kematian tahunan, panjang jalan dan isi padu trafik untuk setiap lebuh raya yang diperoleh daripada laporan tahunan 2015 hingga 2018 Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lebuh raya terbabit dalam kategori Lebuh Raya Jenis Sistem Tol Tertutup iaitu Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE). 

Manakala lima lagi Lebuh Raya Jenis Sistem Tol Terbuka iaitu Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

“Lebuh raya bertaraf tiga bintang ke atas berpotensi lebih tinggi mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah. Manakala bintang satu dan dua, berisiko rendah mengurangkan kemalangan maut dan kecederaan parah. 

“Oleh itu, (dengan penarafan) pengguna lebih peka terhadap risiko keselamatan ketika melalui lebuh raya tersebut,” kata Khairil Anwar. 

Katanya, maklumat yang diperolehi dapat dijadikan panduan syarikat konsesi dalam mereka bentuk lebuh raya lebih baik dan rendah risiko kemalangan pada masa hadapan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.