Loji penapisan minyak Israel di Haifa dihentam roket dari Lubnan

Loji penapisan minyak Israel di Haifa dihentam roket dari Lubnan

Rakaman dari media sosial menunjukkan loji penapisan minyak Israel di Haifa yag terkena bedilan roket Hizbulah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Sebuah loji penapisan minyak di bandar Haifa, utara Israel, telah terkena bedilan roket yang dilancarkan oleh Hizbullah di Lubnan pada hari Isnin, kata pihak berkuasa dan media Israel.

Kebakaran berlaku dan kepulan asap hitam yang besar kelihatan naik di atas sebuah struktur susulan serangan itu.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat berkata bahawa tiada kebocoran bahan berbahaya.

Akhbar milik kerajaan Israel, Kan TV news, melaporkan bahawa roket itu mengenai sebuah kapal tangki minyak dan sebuah struktur perindustrian.

Tentera mengesahkan bahawa serangan bertubi-tubi kira-kira 10 roket telah dilancarkan oleh Hizbullah sebelum tengah hari, mengaktifkan siren di kawasan Haifa serta beberapa wilayah di sepanjang pantai tengah Israel.

Kesan dan kerosakan juga dilaporkan di Shfaram di Galilee dan Kiryat Ata berhampiran Haifa, di mana serangan itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik sementara.

Ia merupakan serangan langsung kedua ke atas kompleks penapisan minyak semasa konflik Timur Tengah yang berterusan selama sebulan. Pada 19 Mac, peluru berpandu dari Iran mengenai kompleks tersebut, menyebabkan kerosakan.  – XINHUA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN