SENAI: Edven Ying merangkul kejuaraan ketiganya dalam siri Jelajah PGM 2025 apabila muncul juaara di kejohanan tertutup PGM Palm Resort di sini.
Edven sebelum ini telah berjaya meraih kemenangan di PGM Pekan dan PGM Port Dickson.
Pada kejohanan yang berlangsung di lapangan golf Palm Resort di sini itu, Edven mencatatkan bawah par (-8) keseluruhan iaitu dengan catatan 69, 70 dan 68 untuk tiga pusingan.
Kemenangan itu membolehkan dia membawa pulang hadiah wang tunai RM31,500.
Edven berkata, bahawa kemenangan ini adalah kerana latihannya yang panjang dan minggu ini dia menumpukan pada latihan di putting green.
Dia akan menuju ke Sekolah Kelayakan AsianTour.
Sementara itu Marcus Lim bermain tujuh bawah par (-7) untuk berada kedudukan naib juara.
Gavin Green dan Deang Rahman, terikat di tempat ketiga pada enam bawah par (-6).
Pemain Amatur Terbaik dimenangi oleh Ammar Aiman.
Pada Kejohanan Wanita, Winnie Ng menjulang trofi Wanita pada 11 bawah par (-11). Winnie mendahului dari pusingan pertama hingga pusingan akhir. Beraksi pada 68, 70 & 67. Winnie membawa pulang RM10,000.
Liyana Durisic menduduki tempat kedua dengan enam bawah par (-6). Tempat ketiga ialah Aretha Pan dengan satu atas par (+1).
Kejohanan Tertutup PGM Palm Resort 2025, menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM180,000 dan RM30,000 untuk Kejohanan Wanita.
Dihoskan oleh Palm Resort Golf & Country Club, Kejohanan ini berlangsung di padang Allamanda (Par 72).
Keputusan keseluruhan Kejohanan Tertutup PGM Palm Resort 2025:
207 – EDVEN YING 69 70 68
209 – MARCUS LIM 68 72 69
210 – DAENG RAHMAN 75 68 67, GAVIN GREEN 72 70 68
211 – ZIA IZZUDDEEN 72 73 66, SHAHRIFFUDDIN ARIFFIN 69 71 71
212 – KHOR KHENG HWAI 72 75 65
213 – RYAN FERNANDEZ 71 68 74
214 – JUSTIN CHIN 72 74 68, GALVEN GREEN 73 73 68, NOR HEIKAL HADI 70 75
69, BEN LEONG 73 70 71, IRFAN SYAHMI 74 68 72
215 – WAFIYUDDIN MANAF 72 71 72
216 – CASPER LOH 72 73 71217 – NICHOLAS FUNG 70 72 75
219 – NOR HARITH HADI 75 71 73, AFIF FATHI 77 71 71, KEMAROL BAHARIN 73
76 70, JAYDON PANG 70 75 74
Ladies Championship, Leading Final Scores:
205 – WINNIE NG 68 70 67
210 – LIYANA DURISIC 69 71 70
217 – ARETHA PAN 71 72 74
220 – ZULAIKAH NASSER 75 71 74
228 – JOCELYN CHEE 77 75 76
– UTUSAN










