454 calon SPM di Kedah terjejas akibat banjir, 290 dipindah ke pusat alternatif

454 calon SPM di Kedah terjejas akibat banjir, 290 dipindah ke pusat alternatif

banjir
Penduduk kampung membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir menggunakan bot di Kampung Seberang Anak Bukit, Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Banjir yang melanda negeri ini menyebabkan 454 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 terjejas  dan 290 daripada mereka dipindahkan ke pusat peperiksaan alternatif.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam satu kenyataan memberitahum 13 sekolah yang menjadi pusat peperiksaan turut terjejas akibat banjir, tetapi tiada penutupan baharu direkodkan hari ini.

Bagaimanapun katanya, tiada pemindahan tambahan calon dilakukan semalam dan semua pemindahan kekal seperti yang dibuat sebelum ini.

“Daripada jumlah itu, 163 calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jitra dipindahkan ke SMK Bandar Baru Darulaman bagi memastikan peperiksaan dapat diteruskan mengikut jadual.

“Seramai 151 calon dari SMK Seri Gunong dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Darussaadah pula dipindahkan ke SMK Agama Kedah sebagai pusat peperiksaan alternatif,” demikian menurut kenyataan itu.

Seramai 40 calon yang kediaman mereka dinaiki air pula ditempatkan sementara di asrama sekolah berhampiran bagi memudahkan pergerakan mereka ke pusat peperiksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN