Sekatan Israel jejas usaha lupuskan bom di Gaza

Sekatan Israel jejas usaha lupuskan bom di Gaza

KANAK-KANAK Palestin yang kehilangan tempat tinggal bermain di luar Masjid Imam al-Shafi’i yang rosak di kejiranan Zeitoun, Gaza City.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekatan Israel terhadap kemasukan jentera berat menjejaskan usaha untuk membersihkan runtuhan dan membina semula infrastruktur penting ketika puluhan ribu tan bom Israel yang tidak meletup terus mengancam nyawa di seluruh Semenanjung Gaza.

Dalam sidang media pada Ahad, Datuk Bandar Gaza City, Yahya al-Sarraj berkata, kawasan itu memerlukan sekurang-kurangnya 250 kenderaan berat dan 1,000 tan simen bagi membaik pulih rangkaian air serta membina telaga baharu.

Menurut wartawan Al Jazeera, Hind Khoudary yang melaporkan dari az-Zawayda, hanya enam buah lori berjaya memasuki wilayah itu setakat ini.

Sekurang-kurangnya 9,000 penduduk Palestin masih tertimbus di bawah runtuhan namun, peralatan baharu yang dibenarkan masuk kini lebih diutamakan untuk mengesan mayat tawanan Israel, bukan membantu keluarga Palestin mencari orang tersayang mereka yang masih terperangkap dan melupuskan bom.

Pengarah Rantau Asia Barat HALO Trust United Kingdom, Nicholas Torbet berkata, proses pembinaan semula Gaza kini terhalang oleh puhan ribu bom yang tidak meletup  termasuk periuk api, peluru mortar, dan bom besar yang boleh meratakan bangunan konkrit.

“Kerja-kerja menyingkirkan bom memperlahankan pembinaan semula wilayah Gaza. Pasukan kami akan terus bekerja bersama komuniti untuk memusnahkan bom dengan letupan kecil bagi mengelak kawasan ditutup terlalu lama,” jelasnya.

Jurucakap Pertahanan Awam Palestin, Mahmoud Basal berkata, Israel menjatuhkan sekurang-kurangnya 200,000 tan bahan letupan ke atas Gaza dengan kira-kira 70,000 tan daripadanya gagal meletup.

Kanak-kanak menjadi mangsa utama kerana sering menyangka bom yang tersembunyi sebagai mainan. 

Wartawan Al Jazeera, Ibrahim al-Khalili melaporkan kisah tragis dua beradik, Yahya dan Nabila Shorbasi yang menemui objek seperti mainan sebelum ia meletup di tangan mereka.

Yahya kehilangan tangan kanannya, manakala Nabila masih dirawat di unit rawatan rapi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN