PM Jepun calonkan Trump untuk Hadiah Nobel Keamanan

PM Jepun calonkan Trump untuk Hadiah Nobel Keamanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi akan mencalonkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk Hadiah Nobel Keamanan, menurut kenyataan Rumah Putih pada Selasa.

Trump dilaporkan semakin memberi tumpuan terhadap anugerah berprestij itu sejak kembali berkuasa pada Januari lalu dan mendakwa dirinya sudah menamatkan beberapa konflik di seluruh dunia.

Dakwaan yang bagaimanapun dianggap berlebihan oleh para pakar.

Sementara itu, pada hari yang sama, AS dan Jepun menandatangani perjanjian bagi menjamin bekalan mineral kritikal dan nadir bumi, ketika Trump melakukan lawatan rasmi ke Tokyo.

Menurut kenyataan Rumah Putih, objektif perjanjian itu adalah untuk membantu kedua-dua negara mencapai ketahanan dan keselamatan dalam rantaian bekalan mineral kritikal dan nadir bumi.

Kedua-dua negara juga akan bersama-sama mengenal pasti projek penting untuk menangani jurang dalam rantaian bekalan mineral kritikal dan nadir bumi, termasuk produk terbitan seperti magnet kekal, bateri, pemangkin, dan bahan optik, menurut kenyataan itu lagi.

Perjanjian tersebut turut menyatakan kerajaan dan sektor swasta akan digerakkan untuk menyokong inisiatif berkenaan.

Langkah ini dibuat selepas Beijing mengumumkan sekatan besar-besaran terhadap industri nadir bumi bulan ini, mendorong Trump mengancam akan mengenakan tarif 100 peratus terhadap import dari China sebagai tindakan balas.

Terdahulu dalam siri lawatannya ke Asia, Trump dan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, turut menandatangani perjanjian perdagangan yang memperluas akses AS kepada sumber mineral kritikal.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN