Los Angeles isytihar darurat susulan serbuan imigresen - Utusan Malaysia

Los Angeles isytihar darurat susulan serbuan imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pihak berkuasa Los Angeles mengisytiharkan darurat susulan siri serbuan imigresen oleh kerajaan persekutuan, sebagai reaksi terhadap dasar keras Presiden Donald Trump terhadap pendatang tanpa dokumen.

Pengisytiharan itu bertujuan membuka akses kepada dana dan sumber tambahan untuk membantu komuniti terjejas, terutamanya golongan pendatang di wilayah paling berbilang kaum di Amerika Syarikat.

Serbuan besar-besaran yang dikendalikan ejen bersenjata dan bertopeng dari agensi di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri telah mencetuskan ketakutan dalam kalangan komuniti Latin.

Penduduk mendakwa operasi itu menyasarkan individu hanya kerana mereka bertutur dalam bahasa Sepanyol atau kelihatan berketurunan Hispanik.

“Kita ada keluarga yang kini hilang sumber pendapatan kerana ibu atau bapa mereka ditahan ketika bekerja. “Kami mahu komuniti pendatang tahu kami bersama mereka,” kata Janice Hahn, anggota Lembaga Penyelia yang menyokong usul darurat itu. “

Hasil tinjauan terkini menunjukkan pendapatan mingguan purata pendatang di kawasan itu merosot lebih 60 peratus sejak serbuan bermula. Kesan ekonomi dan psikologi ini dikatakan mendorong ramai ketua keluarga enggan keluar bekerja kerana bimbang ditahan.

Beberapa minggu protes jalanan susulan serbuan di Los Angeles sebelum ini dibalas dengan keputusan Trump menghantar tentera Pengawal Kebangsaan ke bandar kedua terbesar AS itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN