Katy Perry, Justin Trudeau berpegangan tangan di Paris

Katy Perry, Justin Trudeau berpegangan tangan di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Penyanyi terkenal, Katy Perry dan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mencetuskan spekulasi hubungan romantik selepas mereka dilihat berpegangan tangan di sebuah acara di Paris pada hujung minggu lalu.

Portal hiburan TMZ menyiarkan gambar dan rakaman video yang menunjukkan pasangan itu berjalan sambil berpimpinan tangan sebelum memasuki sebuah kereta, dengan Trudeau kelihatan membantu Perry ke tempat duduk belakang.

Walaupun kedua-duanya belum membuat sebarang kenyataan rasmi, khabar angin mengenai hubungan mereka berlegar sejak beberapa minggu lalu selepas beberapa foto bersama tersebar.

Trudeau turut dilihat menghadiri konsert Perry awal tahun ini, sekali gus menguatkan spekulasi hubungan istimewa antara mereka.

Kemunculan mereka di Paris bertepatan dengan ulang tahun ke-41 Perry, yang dipercayai menjadi penampilan umum pertama mereka sebagai pasangan.

Ketika persembahan di London baru-baru ini, Perry sempat bergurau mengenai status hubungan cintanya selepas seorang peminat melamarnya dari tempat duduk penonton.

“Saya harap awak tanya saya 48 jam lebih awal,” katanya berseloroh hanya beberapa hari selepas foto beliau bersama Trudeau tersebar.

Perry sebelum ini menjalinkan hubungan selama sedekad dengan pelakon Orlando Bloom, dan mereka mempunyai seorang anak perempuan bersama.

Pasangan itu dilaporkan berpisah pada musim panas lalu.

Trudeau yang memimpin Kanada dari 2015 hingga 2025 pula berpisah dengan isterinya Sophie Grégoire pada 2023 selepas 18 tahun berkahwin dan mereka dikurniakan tiga orang anak.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN