Israel didesak bebaskan segera Dr Hussam Abu Safia

Israel didesak bebaskan segera Dr Hussam Abu Safia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Semasa tawanan Israel dan Palestin mula kembali kepada keluarga mereka sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, namun nasib beberapa tahanan Palestin masih terus menjadi teka-teki dengan antaranya ialah Dr Hussam Abu Safia.

Hussam, seorang doktor dan pengarah hospital di Gaza, diculik oleh pasukan Israel pada Disember 2024 dan masih ditahan.

Peguam beliau mendakwa Hussam telah mengalami penyeksaan dalam penjara Israel.

Pemegang hak asasi dan penyokong Palestin melihat Hussam sebagai lambang ketahanan doktor Palestin, terutamanya dalam situasi di mana sektor kesihatan Gaza telah secara sistematik diserang lebih dua tahun.

Walaupun perjanjian gencatan senjata merangkumi pembebasan tawanan Israel oleh Hamas dan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel, sehingga akhir Isnin, Hussam masih belum dibebaskan.

Media Barat melaporkan Israel tidak akan membebaskan Hussam.

Organisasi hak asasi antarabangsa Amnesty International menyatakan Hussam ditahan tanpa sebarang pertuduhan di bawah undang-undang keselamatan Israel selepas beliau ditangkap di Hospital Kamal Adwan di Gaza.

Beliau sebelum ini bekerja sebagai doktor pediatrik walaupun kehilangan seorang anak akibat serangan udara Israel.

Amnesty turut menyebut Hussam hanya dibenarkan bertemu peguam pada 11 Februari 2025 dan dalam lawatan peguam ke penjara tentera Ofer awal Julai 2025, dilaporkan beliau serta tahanan lain telah dikejarkan dan mendapatkan layanan kasar.

Beliau juga dilaporkan kehilangan berat badan secara ketara semasa ditahan.

Selepas perjanjian gencatan senjata selesai dimuktamadkan, desakan terhadap pembebasan Hussam semakin kuat. Council on American‑Islamic Relations (CAIR) menyeru Presiden AS, Donald Trump menekan Israel untuk membebaskan doktor dan profesional perubatan Palestin yang diculik.

Pakar PBB Francesca Albanese menyuarakan bahawa kekurangan tekanan antarabangsa untuk pembebasan tahanan awam seperti Hussam mencerminkan kelemahan dalam pelan gencatan senjata yang dicadangkan.

“Tiada keamanan tanpa keadilan, hak asasi dan maruah untuk SEMUA. Nyawa Palestin ada nilainya,” tulisnya di X.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN