RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 119 orang terbunuh dalam operasi polis besar-besaran yang menyasarkan sindiket jenayah terancang di bandar kedua terbesar di Brazil, Rio de Janeiro, kata pihak berkuasa pada hari Rabu.
Serbuan besar-besaran itu dilancarkan pada hari Selasa terhadap ahli geng Comando Vermelho di favela Alemao dan Penha di bahagian utara bandar itu, kata kerajaan negeri Rio de Janeiro.
Pada sidang akhbar, Setiausaha Polis Awam Rio, Felipe Curi, menyemak semula jumlah kematian daripada 128 yang dilaporkan pada mulanya kepada 119, termasuk 115 suspek penjenayah dan empat pegawai polis.
Gabenor Negeri Claudio Castro menyifatkan operasi itu sebagai “kejayaan” dan empat pegawai yang terbunuh itu sebagai mangsa sebenar.
Gabenor berkata angka itu hanya berdasarkan mayat yang berdaftar di institut perubatan forensik, menunjukkan jumlah akhir mungkin meningkat.
“Saya tidak boleh memberikan kiraan akhir sehingga semua mayat dikira,” tambahnya. – XINHUA










