Ia tidak ada kena mengena dengan saya - Sheila Majid - Utusan Malaysia

Ia tidak ada kena mengena dengan saya – Sheila Majid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tak perlu dipanjang-panjangkan.”

Itu respons ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid mengenai isu bayaran royalti lagu Sinaran yang dikemukakan penyanyi, Datuk Nora Ariffin baru-baru ini.

Kata Sheila, beliau tidak ada kena mengena dengan isu tersebut justeru tidak perlu mengulas lanjut mengenainya.

“Saya tak perlu komen tentang isu ini sebab persoalan itu tidak ditujukan kepada saya sebaliknya pihak publishers lagu berkenaan.

“Dan apabila artikel mengenai itu keluar, saya tahu isu itu tidak ada kena mengena dengan saya. Jadi tidak perlulah saya terasa.

“Isu itu pun sudah lepas dan selesai. Jadi tidak wajar kita panjang-panjangkan atau sensasikannya. Salah faham antara dua pihak pun sudah selesai,” katanya.

Sheila berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran single terbaharunya, Move On di Pavilion Damansara Heights, semalam.

Nora sebelum ini mendedahkan bahawa arwah suaminya, Johan Nawawi hanya menerima RM60 sebagai bayaran royalti selaku penulis lirik lagu ikonik berkenaan.

Justeru penyanyi tersebut menuntut enam syarikat penerbitan yang dinamakan sebelum ini agar tampil melunaskan bayaran royalti berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN