Jurang generasi dalam kalangan masyarakat kita menjadi satu perkiraan penting bagi kita melihat citra wajah barisan kepemimpin negara ini pada masa akan datang. Namun isu yang perlu dibentang dan dikupas adalah, sama ada kita sudah atau sedang membina barisan generasi pelapis bagi menggantikan pemimpin yang ada sekarang memandangkan cabaran mengisi barisan kepemimpinan amat mencabar. Generasi yang ada sekarang berdepan pelbagai cabaran dan boleh beradaptasi dengan cabaran terkini, matang dalam membuat…