Utusan Pelajar : Dedikasi untuk pembaca

Utusan Pelajar: Dedikasi untuk pembaca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermula 5 Jun lalu, Utusan Malaysia menerbitkan Utusan Pelajar pada hari Rabu setiap minggu sebagai komitmen akhbar ini menghargai jasa dan sumbangan guru dan serta warga pendidik.

Keluaran khas lapan muka surat ini memuatkan berita aktiviti pelajar,  artikel mengenai bidang bidang pendidikan termasuklah antaranya berkaitan bidang Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Bagi memantapkan lagi kandungannya, maka sidang redaksi Utusan Pelajar ingin mengajak pembaca menyumbangkan artikel seperti aktiviti murid dan persatuan ibu bapam koperasi di sekolah masing masing supaya dapat dikongsi bersama pembaca lain . Mereka boleh menghantar ke e-mel [email protected].

Setiap tulisan perlu disertakan gambar dan keterangan yang lengkap bagi memudahkan penyiaran.

Utusan Pelajar juga menyediakan ruangan Album Sekolah dalam setiap keluaran. Pembaca yang ingin menghantar gambar aktiviti sekolah, koperasi atau persatuan perlu menyertakan gambar dan keterangan lengkap gambar berkenaan serta nombor individu yang boleh dihubungi.

Sila e-melkan ke [email protected]. –UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN