[PARLIMEN] Alam sekitar: 6,762 premis dikenakan tindakan tegas, 12 digantung lesen - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Alam sekitar: 6,762 premis dikenakan tindakan tegas, 12 digantung lesen

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,762 premis dikenakan tindakan tegas termasuk 12 digantung lesen atas kesalahan pencemaran alam sekitar.

Memaklumkan perkara itu, Menteri Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jumlah tersebut adalah sepanjang Januari sehingga 21 September lalu yang mana Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan penguatkuasan terhadap 15,344 premis mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) di seluruh negara.

“Ia merangkumi 1,267 notis Arahan, 4,529 kompaun, 750 Penahanan Operasi Kelengkapan, dua Perintah Larangan, 12 Gantung Lesen dan sebanyak 202 kertas siasatan telah dibuka.

“Sebagai perbandingan, dalam tempoh sama pada 2020, 16,432 pemeriksaan dengan 7,712 tindakan telah dikenakan yang mana 2,148 Notis Arahan, 5,354 Kompaun, 94 Penahanan Operasi Kelengkapan, 18 Perintah Larangan, 22 Gantung Lesen dan 76 kertas siasatan,” katanya ketika menggulung Titah Diraja di Dewan Rakyat bagi Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Tambah beliau, isu pencemaran alam sekitar berpunca dari premis ditangani secara bersepadu menerusi Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar (UCJAS) dengan penglibatan pelbagai agensi terutama kerajaan negeri, polis, SPAN, Jabatan Biokeselamatan, badan bekalan air dan pihak berkuasa tempatan.

“Tindakan secara bersepadu ini meningkatkan lagi keberkesanan strategi atau tindakan yang diambil terutama dalam melaksanakan penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemar sama ada dari industri, projek pembangunan atau lain-lain punca,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.