SME Bank, NUCW perbaharui perjanjian kolektif - Utusan Malaysia

SME Bank, NUCW perbaharui perjanjian kolektif

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SME Bank Malaysia Berhad (SME Bank) dan National Union of Commercial Workers (NUCW) menandatangani pembaharuan Perjanjian Kolektif bagi tempoh Julai 2022 hingga Jun 2025 bagi menandakan peningkatan ketara gaji dan elaun sara hidup bulanan untuk pekerja bukan eksekutif SME Bank.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim berkata, warga SME Bank telah menjadi tulang belakang kejayaan dalam menyampaikan mandat kumpulan mencipta nilai bagi ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melangkaui perkhidmatan kewangan.

“Selaras dengan nilai teras S.M.I.L.E, kami komited dalam memupuk persekitaran yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pekerja SME Bank.

“Pembaharuan ini akan merangkumi pakej gaji yang lebih baik dan peningkatan dalam elaun sara hidup bulanan untuk menyokong pekerja kami menguruskan kenaikan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pembaharuan Perjanjian Kolektif yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia itu akan memberi manfaat kepada 127 pekerja bukan eksekutif SME Bank,

“Mereka akan menerima penambahbaikan kepada terma dan syarat pekerjaan mereka.

Presiden NUCW, Muhammad Nazrul Nizar Zulkifli yang turut mewakili kakitangan bukan eksekutif SME Bank berkata, pihaknya berbesar hati melanjutkan kerjasama dengan SME Bank.

“Kami berterima kasih terhadap kepimpinan SME Bank di atas komitmen teguh mereka dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan kakitangan bukan eksekutif Bank sentiasa diberikan keutamaan.

“Kami berharap agar dapat kekal bekerjasama dengan SME Bank pada masa akan datang,” katanya.

Selaras nilai teras rangka kerja Madani-Kemakmuran, Rasa Hormat dan Belas kasihan, SME Bank kekal komited menyokong visi kerajaan memupuk masyarakat yang bertamadun, mahir dan inklusif.

SME Bank telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM46 bilion kepada lebih 24,000 pelanggan sejak penubuhan SME Bank pada 2005, Dengan tenaga kerja seramai 1,155 pekerja dan 19 cawangan di seluruh negara dengan tenaga kerja seramai 1,155 pekerja dan 19 cawangan di seluruh negara.

Selain itu, anak syarikat milik penuh SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) telah menyediakan latihan keusahawanan kepada lebih daripada 83,200 peserta sejak penubuhannya pada 2013. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×