Perancis umum kerajaan baharu - Utusan Malaysia

Perancis umum kerajaan baharu

EMMANUEL MACRON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan kabinet baharunya semalam, hampir tiga bulan selepas pilihan raya umum mengejut menghasilkan Parlimen tergantung. 

Barisan baharu Kabinet yang dinanti-nantikan itu dipimpin oleh Perdana Menteri Michel Barnier, dengan majoritinya diisi pemimpin sayap kanan walaupun gabungan kiri menang kebanyakan kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu.

Walaupun terdapat kerjasama antara parti Macron yang berhaluan tengah dan sayap kanan, Parlimen tetap terpecah dan perlu bergantung kepada sokongan parti lain untuk meluluskan undang-undang. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini berlaku ketika Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran kepada Perancis mengenai hutangnya yang semakin meningkat, lebih tinggi berbanding syarat ditetapkan EU.

Antara pemimpin yang dipilih ke Kabinet ialah anggota Parti Republikan yang diasaskan oleh bekas presiden Nicolas Sarkozy, Bruno Retailleau yang dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri merangkumi portfolio imigresen.

Sebanyak 10 pemimpin dari Parti Republikan diberikan jawatan Kabinet, ketika Macron mengekalkan beberapa menteri dalam jawatan penting.

Sebastien Lecornu kekal sebagai Menteri Pertahanan, sementara Jean-Noel Barrot memegang jawatan Menteri Luar.

Hanya seorang pemimpin berhaluan kiri, Didier Migaud dilantik sebagai Menteri Kehakiman.

Jawatan Menteri Kewangan diserahkan kepada pemimpin Parti Renaissance yang kurang dikenali, Antoine Armand yang akan merangka draf belanjawan kerajaan sebelum tahun baharu bagi menangani defisit Perancis yang kritikal. 

Sebelum pilihan raya mengejut, badan eksekutif EU memberi amaran kepada Perancis bahawa ia akan dikenakan tindakan kerana melanggar peraturan kewangan blok tersebut.

Defisit sektor awam Perancis dijangka mencapai sekitar 5.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini, melebihi 6 peratus pada tahun 2025, sementara EU menetapkan had defisit pada tiga peratus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN