Rakyat bijak menilai kempen lapuk, tidak berhemah – Jazlan

Rakyat bijak menilai kempen lapuk, tidak berhemah – Jazlan

AHMAD JAZLAN Yaakub (kanan) berbual dengan seorang penduduk Taman Ilham ketika melakukan Ziarah Kasih di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham, Kluang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Berkempen dengan mencari kesilapan orang adalah cara lapuk yang ketinggalan zaman serta tidak berhemah.

Ini kerana cara kempen se­perti ini sudah tidak relevan lagi kerana pengundi zaman ini jauh lebih maju dan cakna de­ngan perkembangan semasa selain tidak menyokong seorang pemimpin sekadar bercakap kosong tanpa fakta.

Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub turut menyelar tindakan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar yang mendakwa kerajaan negeri serta Ketua Kampung Bentong tidak mengambil cakna terhadap masalah banjir di kampung berkenaan.

Katanya, rakyat sudah bijak membezakan antara permata dan kaca apatah lagi terhadap seorang pemimpin yang mencari kesalahan orang sedang­kan dirinya juga tidak menda­lami setiap isu dibangkitkan.

“Jika nak berkempen, cari­lah isu baharu dan bukan menggunakan modal lapuk dengan mencari kesalahan orang lain tanpa menyedari hakikat sebenarnya.

“Berkaitan isu banjir di Kampung Bentong, hakikatnya sudah diambil tindakan oleh pihak berkaitan tanpa menidakkan masalah dihadapi penduduk,” katanya ketika ditemui pada program Ziarah Kasih bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham, di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, mencari kesalahan orang lain itu adalah cara biasa dilakukan pembangkang setiap kali menghadapi pilihan raya.

Katanya, segala kebaikan di­buat tidak pernah dilihat secara positif oleh pihak lawan sedangkan kerajaan sedaya-upaya menyelesaikan masalah rakyat yang sudah pasti memerlukan masa mengatasinya.

“Cuma untuk mengatasi masalah seperti banjir ini memerlukan masa dan dilakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×