Korea Utara sekali lagi lancar peluru berpandu balistik

Korea Utara sekali lagi lancar peluru berpandu balistik

PELANCARAN ujian peluru berpandu balistik antara benua Hwasongpho-18 di lokasi yang tidak didedahkan di Korea Utara.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah pantai timur pada Rabu, beberapa hari selepas Pyongyang mendedahkan kemudahan pengayaan uranium dan berjanji memperkukuh senjata nuklearnya.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) berkata, peluru berpandu tersebut dilancarkan dari Kaechon di Pyongyang, sekitar 6.50 pagi (waktu tempatan) ke arah timur laut dan diterbangkan kira-kira 400 kilometer.

Bagaimanapun, JCS tidak menyatakan jumlah peluru berpandu yang dilancarkan dan di mana ia mendarat.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran peluru berpandu Korea Utara sebagai satu provokasi jelas yang mengancam keamanan dan kestabilan Semenanjung Korea,” kata JCS dalam satu kenyataan.

Kira-kira 30 minit selepas notis peluru berpandu pertama, pengawal pantai Jepun berkata, Korea Utara melancarkan satu lagi peluru balistik.

Menteri Pertahanan Jepun, Minoru Kihara berkata, sekurang-kurangnya satu peluru berpandu jatuh berhampiran pantai pedalaman timur Utara dan mengecam pelancaran tersebut.

Komando Indo-Pasifik Amerika Syarikat (AS) berkata, mereka menyedari pelancaran tersebut dan sedang berunding rapat dengan Seoul dan Tokyo.

Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat pada Khamis lalu, pelancaran pertama seumpamanya dalam tempoh lebih dua bulan, yang disifatkan sebagai ujian sistem roket pelancar berganda 600-mm baharu.

JCS berkata, pelancaran itu mungkin bertujuan untuk menguji senjata yang akan dieksport ke Russia, berikutan kerjasama ketenteraan yang semakin erat antara kedua-dua negara.

AS, Korea Selatan dan Ukraine antara negara yang menuduh Pyongnyang membekalkan roket dan peluru berpandu ke Moscow untuk digunakan dalam perang di Ukraine, sebagai membalas bantuan ekonomi dan ketenteraan lain.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×