Ilusi luas dengan konsep neutral

Ilusi luas dengan konsep neutral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dekorasi yang sempurna bukan sahaja sedap mata memandang, malah boleh membawa perubahan pada keselesaan satu-satu ruangan.

Bijak mengatur dekorasi dan susun atur, kediaman milik Siti Suhairah Omar, 34, tampak luas dan tenang walaupun pada asasnya ruangan di kediamannya agak terhad.

Hanya berkeluasan sekitar 900 kaki persegi, kediaman ini kelihatan luas dan selesa dengan menerapkan konsep minimalis dan neutral.

Penggunaan perabot yang minimum dan ditambah dengan pemilihan rona-rona neutral pada keseluruhan ruang menjadikan rumah kelihatan lapang dan luas.

Kata Siti Suhairah, rona putih di bahagian dapur menjadikan ruang tampak nyaman dan kurang ‘sesak’ dengan barangan.

“Saya sukakan suasana yang selesa dan tenang. Satu lagi sebab mengapa memilih konsep ini adalah ruang rumah sangat terhad.

“Contohnya, di dapur, saya memilih kabinet putih untuk menjadikan ruang nampak lebih luas dan tenang,” katanya kepada Seri.

Padanan kayu dan rotan Menariknya, padanan elemen kayu dan rotan menjadi pelengkap pada konsep neutral ini.

Seperti zaman silam, perabot dan aksesori daripada dua elemen memberikan sentuhan menarik yang tersendiri pada ruangan.

“Elemen pelengkap rumah ini adalah elemen kayu, rotan dan barangan rumah yang berwarna putih.

“Elemen kehijauan seperti pokok kaktus yang ditanam di taman bahagian belakang rumah juga menjadikan ruang kelihatan mendamaikan dan melengkapkan lagi konsep ini,” jelasnya.

Antara ruang yang menarik perhatian adalah taman di bahagian belakang yang seakan dekorasi di sebuah resort percutian.

“Dekorasi ruang taman belakang rumah diinspirasikan daripada destinasi percutian yang dikunjungi.

“Selain itu, saya juga merujuk pada laman Pinterest dan Instagram untuk mendapatkan ilham dekorasi rumah,” kongsinya.

Tambahnya, bagi menghidupkan konsep neutral itu, pemilihan warna bagi keseluruhan ruang memainkan peranan penting.

Bagi kediaman jenis teres setingkat itu, Siti Suhairah hanya memilih tiga empat rona iaitu putih, beige, kelabu dan coklat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×