Gadis 18 tahun ditemukan mati dalam keadaan tragis

Gadis 18 tahun ditemukan mati dalam keadaan tragis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG: Seorang gadis berusia 18 tahun ditemukan mati dalam keadaan tragis selepas dilaporkan hilang ketika sedang menjual makanan di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Padang Pariaman, Iptu AA Reggy berkata, siasatan sedang dijalankan sejak penemuan jasad mangsa dalam keadaan tanpa pakaian.

“Selepas mangsa dipindahkan, kami telah menempatkan pasukan di tempat kejadian untuk mengumpul bukti yang ada,” kata Iptu Reggy pada Selasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa, Nia Kurnia Sari dilaporkan hilang sejak petang Jumaat sebelum jasadnya ditemukan dalam keadaan tanpa pakaian oleh pihak berkuasa pada Ahad.

Setakat ini, pihak polis masih belum mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan gadis berusia 18 tahun tersebut.

“Kami belum dapat menetapkan sebarang suspek dalam kes ini. Siasatan masih berjalan berdasarkan keterangan saksi dan fakta di lapangan,” katanya.

Nia berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan hanya menjual makanan pada setiap petang untuk membantu keluarganya.

Menurut rakan mangsa, Arsy, Nia tidak malu menjual makanan sewaktu di sekolah menengah kerana mangsa mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, tetapi dihalang oleh masalah kewangan.

“Kami terakhir berbincang mengenai kelas, dan dia sangat bersemangat. Namun, sebelum mencapai cita-citanya, Nia sudah tiada,” kata Arsy.

Ketua Kecemasan dan Logistik Padang Pariaman, Efendi berkata, seorang penduduk melihat Nia pada petang Jumaat sebelum dilaporkan hilang, tetapi dia tidak pulang ke rumah hingga pukul 8 malam. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN