Israel gagal bongkar rahsia terowong di Gaza

Israel gagal bongkar rahsia terowong di Gaza

ASKAR Israel berada di dalam terowong yang didakwa kubu operasi Hamas di bawah perkarangan Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNRWA) di Bandar Gaza.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Tebusan Israel yang dibebaskan, Adina Moshe, mengkritik kelemahan tentera dan agensi risikan Tel Aviv, Shin Bet mendapatkan maklumat tentang rangkaian terowong bawah tanah milik kumpulan pejuang Hamas di Gaza.

Moshe, 72, mendedahkan menerima kedatangan ejen Shin Bet, semata-mata diminta membantu agensi risikan itu membongkar rahsia di sebalik rangkaian terowong kumpulan pejuang berkenaan.

Beliau yang dibebaskan dalam pertukaran tahanan berkata, seorang penyiasat Shin Bet melawatnya dan meminta maklumat mengenai rangkaian terowong Gaza.

Beliau hanya menggambarkan terowong tersebut sebagai jaringan luas dan rumit yang terbentang di bawah tanah di seluruh Gaza.

Tambah beliau, ia bukan sekadar terowong, tetapi rangkaian kompleks dengan laluan yang tidak terhitung.

“Kekuatan tentera sahaja tidak mampu menyelamatkan tahanan Israel yang dijadikan tebusan,” katanya di sini, kelmarin.

Moshe mengkritik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan menuduh beliau serta tentera Israel tidak mempunyai pengetahuan tentang sistem terowong yang luas di Gaza.

Moshe turut mendakwa diminta untuk melakarkan peta terowong kepada Shin Bet, yang membuatnya yakin pihak berkuasa Israel tiada pemahaman langsung mengenai rangkaian terowong tersebut.

The New York Times baru-baru ini melaporkan, terowong Gaza menimbulkan cabaran besar kepada tentera Israel yang menganggapnya sebagai lokasi penting dalam operasi kumpulan pejuang Hamas.

Pegawai perisikan Israel menganggarkan, kawasan Khan Younis memiliki jaringan terowong bawah tanah sepanjang kira-kira 160 kilometer.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×