Sheikh Hasina, dari ikon demokrasi ke diktator

Sheikh Hasina, daripada ikon demokrasi ke diktator

SHEIKH HASINA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHEIKH Hasina Wazed dikenali sebagai tokoh dominan dalam politik Bangladesh dan memimpin negara itu mengatasi pelbagai cabaran
selama lebih dua dekad.

Pada awal karier politiknya, bekas Perdana Menteri ini diiktiraf sebagai ikon demokrasi dan pemacu utama pertumbuhan ekonomi Bangladesh.

Malangnya, perjalanan politik wanita berusia 76 tahun ini berakhir dengan peletakan jawatan mengejut selepas rusuhan besar-besaran merebak di seluruh negara, menandakan pengakhiran tidak dijangka bagim era kepemimpinannya.

Hasina yang dahulunya dianggap pejuang demokrasi, kini dituduh sebagai pemimpin autokratik selepas pemerintahannya didakwa dicemari dengan penindasan terhadap pembangkang.

Penangkapan bermotifkan politik, kehilangan individu, pembunuhan di luar undangundang dan penyalahgunaan kuasa meningkat di bawah
pemerintahan beliau.

Pada Januari lalu, beliau memenangi penggal keempat sebagai Perdana Menteri dalam pilihan raya yang dianggap Sheikh Hasina, dari ikon
demokrasi ke diktator pengkritik tidak sah dan diboikot oleh pembangkang utama.

RUSUHAN DHAKA

Protes terbaharu bulan lalu adalah cabaran paling serius dihadapi Hasina sejak memegang jawatan dan ia berlaku selepa spilihan raya yang sangat kontroversi, di mana partinya, Liga Awami dipilih semula untuk penggal keempat berturut-turut.

Pergolakan bermula dengantuntutan untuk menghapuskan kuota pekerjaan dalam perkhidmatan awam, tetapiberkembang menjadi gerakan
antikerajaan apabila beliau menggunakan polis untukmenindas penunjuk perasaan,mengakibatkan lebih 200 kematian.

Kemuncak desakan peletakanjawatan Hasina, beliau semakin agresif menggunakan kuasanya untuk menindas dan menangkap ratusan penunjuk perasaan serta melabel mereka pengganas.

Bantahan terhadap sistem kuota berlaku ketika Bangladesh berdepan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin mendesak selepas pandemik.

Inflasi melonjak tinggi, rizab pertukaran asing negara merosotdengan mendadak dan hutang luar negara meningkat dua kali ganda sejak 2016.

Pengkritik menyalahkan salah urus kerajaan Hasina dan menyatakan kejayaan ekonomi Bangladesh sebelum ini hanya menguntungkan mereka yangr apat dengan Liga Awami kerana rasuah.

TINDAS LAWAN POLITIK

Hasina dituduh melaksanakan langkah autoritarian yang menindas lawan politiknya, pengkritik dan media. Kumpulan hak asasi manusia
menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 600 kes kehilangan secara paksa, dengan ratusan lagi menjadi mangsa pembunuhan di luar undang-undang, sejak Hasina kembali berkuasa pada 2009.

Pasukan keselamatan Bangladesh turut dituduh terlibat dalam penyalahgunaan dan penyiksaan yang serius.

Menurut pengkritik, undangundang yang ketat digunakan terhadap wartawan mengekang kebebasan akhbar.

Hasina dan kerajaannya juga dituduh menganiaya secara undang-undang beberapa individu berpengaruh termasuk Perdana Menteri sementara Bangladesh ketika ini, Muhammad Yunus.

Yunus dipenjara awal tahun ini dan menghadapi lebih 100 pertuduhan, yang dianggap bermotifkan politik.

Ramai pemimpin kanan Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) ditangkap bersama ribuan penyokong selepas protes antikerajaan, yang menurut
kumpulan hak asasi manusiamsebagai cubaan melumpuhkan pembangkang.

Kerajaan Hasina menafikan sekeras-kerasnya dakwaannpenyalahgunaan itu, tetapi pada masa sama beliau mengehadkan wartawan asing yang ingin menyiasat isu tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×