Madrid larang penggunaan skuter elektrik

Madrid larang penggunaan skuter elektrik

MADRID tidak merancang memberikan lesen baharu kepada mana-mana pengendali lain.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Madrid akan melarang skuter elektrik yang disewa melalui aplikasi mudah alih selepas tiga pengendali berlesen gagal melaksanakan had terhadap pergerakan pelanggan atau mengawal tempat letak skuter.

Datuk Bandar, Jose Luis Martinez-Almeida berkata, lesen pengendali Lime, Dott dan Tier Mobility akan dibatalkan mulai Oktober ini.

Beliau berkata, Madrid tidak merancang untuk memberikan lesen baharu kepada mana-mana pengendali lain.

“Pengendali didapati tidak mampu memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh pejabat datuk bandar untuk memastikan tahap keselamatan tertinggi rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketiga-tiga pengendali sepatutnya memberikan akses data kepada pejabat datuk bandar dan diarahkan untuk melaksana teknologi yang memaksa pelanggan meninggalkan skuter hanya di kawasan dibenarkan, selain menghalang pengguna menyewa skuter di pejalan kaki atau berhampiran taman bersejarah.

Bagaimanapun, mereka gagal memenuhi syarat tersebut dan mempunyai tempoh 20 hari untuk membuat rayuan, kata kenyataan itu.

Sistem perkongsian skuter ini mendapat tentangan di bandar-bandar seluruh dunia disebabkan pemanduan melulu pengguna di jalan raya dan kaki lima serta tempat letak yang tidak teratur sehingga menyebabkan ruang awam terjejas.

Sejak Mei 2023, Majlis Bandaraya Madrid mengatur pasaran penyewaan skuter elektrik, hanya membenarkan pengendali Dott di Amsterdam, Tier Mobility dari Jerman dan Lima dari Amerika Syarikat.

Perkhidmatan skuter tiga pengendali ini boleh didapati melalui aplikasi Uber.

Mereka diberi kebenaran untuk menyewakan 2,000 skuter setiap satu.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN