Dua pasangan negara berentap di suku akhir Terbuka Korea Selatan

Dua pasangan negara berentap di suku akhir Terbuka Korea Selatan

Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie berharap mampu melangkah lebih jauh di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pasangan beregu campuran negara berjaya menempah tiket ke suku akhir Terbuka Korea Selatan selepas menewaskan lawan mereka masing-masing dari Taiwan, sebentar tadi.

Pada aksi berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo itu, gandingan pilihan kelima, Goh Soon Huat-Shevon Lai tidak berdepan masalah menewaskan Chen Zhi Ray-Yang Ching Tun selepas melakar kemenangan straight set 21-13, 21-17.

Shevon berkata, beliau bersama Soon Huat berpuas hati dengan permainan biarpun ketiadaan jurulatih pada jelajah Korea Selatan mereka kali ini.

“Setakat ini kami berpuas hati dengan permainan kami hari ini dan dapat mengawal emosi kami walaupun tiada jurulatih yang membimbing kami ketika permainan,” kata Shevon.

Atlet Olimpik Paris 2024, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga tidak melepaskan peluang turut mara ke suku akhir selepas mencatat kemenangan straight set ke atas Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh 21-16, 21-19 dalam tempoh 34 minit.

Soon Huat-Shevon bakal berentap buat kali kelima menentang pasangan No.9 dunia itu pada aksi suku akhir esok.

Dalam pada itu, nasib berbeza dialami oleh Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selepas tewas di tangan Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang dari Taiwan 21-14, 16-21, 14-21.

Turut tersingkir, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien yang tewas kepada lawan yang sama, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan 18-21, 17-21. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×