Nelayan terlepas hukuman mati, bebas pertuduhan edar 15kg dadah - Utusan Malaysia

Nelayan terlepas hukuman mati, bebas pertuduhan edar 15kg dadah

SEOW Sun Fong (tengah) bersalaman dengan peguamnya, Haresh Mahadevan (kanan) dan Ramzani selepas dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: “Kamu jika berkawan jaga-jaga sedikit, kalau disuruh apa-apa jangan ikut semua, buat kerja biasa sahaja,” demikian nasihat Hakim Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini selepas membuat keputusan melepas dan membebaskan seorang nelayan daripada pertuduhan mengedar dadah lebih tiga tahun lalu.

Hakim, Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan satu kes prima facie ke atas pertuduhan terhadap tertuduh, Seow Sun Fong, 43.

“Setelah beliau mendengar keterangan yang diberikan saksi pihak pendakwaan, selepas menimbang hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak dan atas penilaian menyeluruh atas kesemua keterangan.

“Berdasarkan Seksyen 180 (2) Kanun Tatacara Jenayah, OKT dilepas dan dibebaskan pertuhan terhadapnya tanpa dipanggil semuka untuk membela diri,” kata beliau lagi.

Mengikut pertuduhan, Sun Fong, pada 1 Mac  2021, lebih kurang pukul 9.30 pagi di kawasan tempat kereta sebuah hotel di Port Dickson, telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 15.854 kilogram

Dia dituduh dibawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup, jika tidak dihukum mati, turut disebat tidak kurang daripada 15 kali sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nisa Hazwani Omar manakala tertuduh diwakili peguam, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×