Penduduk lega pam buang air banjir termenung diganti

Penduduk lega pam buang air banjir termenung diganti

PERALATAN mesin pam air diangkut ke Kampung Tebuk Semani, Selekoh di Bagan Datuk hari ini untuk mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Penduduk beberapa kampung di sini yang terjejas akibat banjir terme­nung sejak dua minggu lalu lega apabila pam buang air yang sebelum ini rosak diganti pam baharu.

Tinjauan mendapati kerja-kerja membawa pam baharu menggunakan lori sudah dijalankan di Kampung Tebuk Semani, Selekoh di sini semalam.

Penduduk mendakwa, banjir berlaku disebabkan hanya satu daripada dua enjin yang mengepam air keluar dari kampung mereka berfungsi manakala sebuah lagi rosak.
Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya memuji langkah pantas pihak berkenaan yang berusaha mengatasi banjir termenung yang menjejaskan rutin harian penduduk.

“Saya berharap JPS akan terus memantau rumah-rumah pam yang lain dan mengambil tindakan segera untuk memastikan semua rumah pam berfungsi dengan efektif.

“Ini untuk mengelakkan fenomena banjir terutama pada masa hujan dan air pasang besar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, akhbar ini me­laporkan kehidupan penduduk di beberapa buah kampung di sini terjejas berikutan banjir termenung yang melanda kampung mereka sejak dua
minggu lalu.

Antara kampung terlibat ialah Kampung Tebuk Imam, SungaI Haji Muhamad, Selekoh, Kampung Che Naga dan Sungai Tiang.

Penduduk berkata, kejadian banjir termenung pernah berlaku tahun lalu yang menyebabkan air tidak surut lima hingga enam bulan.

Menurut mereka, masalah itu dapat dielakkan jika ke­dua-dua pam mengeluarkan air dari kampung mereka dapat beroperasi dengan baik.

Banjir termenung ini bukan sahaja menjejaskan rutin ha­rian penduduk tetapi menjejaskan pendapatan orang kampung untuk mengeluarkan buah kelapa sawit dari kebun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×