Palang Pracharath tidak dapat jawatan menteri

Tidak hadir pengundian PM Thailand, Palang Pracharath tidak dapat jawatan menteri

PRAWIT WONGSUWON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Parti pemerintah Thailand, Parti Pheu Thai dijangka mengecualikan Parti Palang Pracharath (PPRP) daripada kerajaan gabungan ketika Kabinet baharu bakal dimuktamadkan menjelang akhir minggu ini.

Setiausaha Agung Pheu Thai, Sorawong Thienthong berkata, selepas satu pertemuan semalam, semua ahli Parlimen sebulat suara bersetuju meminta jawatankuasa eksekutif PPRP keluar daripada kerajaan gabungan baharu.

Jelas beliau, ia dibuat susulan tindakan ahli parti terutamanya pemimpin PPRP, Jeneral Prawit Wongsuwon yang enggan hadir pada pengundian memilih Ketua Pheu Thai, Paetongtarn Shinawatra sebagai Perdana Menteri di Parlimen pada 16 Ogos lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ditanya sama ada parti pembangkang Parti Demokrat akan dipelawa menyertai kerajaan gabungan, Sorawong menyatakan mereka perlu mendapatkan sokongan mencukupi daripada beberapa parti bagi membentuk kerajaan yang stabil.

Selain Parti Demokrat, terdapat beberapa parti yang mungkin akan dijemput menyertai kerajaan baharu termasuk enam ahli Parlimen pembangkang dari Parti Thai Sang Thai yang mengundi Paetongtarn sebagai Perdana Menteri.

Sumber dari Pheu Thai mendedahkan, Prawit turut tidak hadir ketika undian memilih Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri tahun lalu.

Menurut sumber, ahli-ahli Parlimen mendakwa, Prawit bersama 40 Senator lain mungkin terlibat memfailkan petisyen ke Mahkamah Perlembagaan untuk menyingkirkan Srettha kerana melantik bekas banduan Pichit Chuenban sebagai menteri.

Pada masa sama, Paetongtarn semalam memaklumkan, pembentukan Kabinet baharu masih belum selesai kerana PPRP masih menghadapi masalah dalaman.

“Kita perlu bersabar. Semakan latar belakang sedang dilakukan terhadap calon-calon untuk jawatan kabinet,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini