Gaza terima lebih sejuta dos vaksin polio

Gaza terima lebih sejuta dos vaksin polio

PEKERJA UNRWA memberikan vaksin Polio dan vaksin virus Rota untuk kanak-kanak di sebuah klinik di kem pelarian Bureij di tengah Gaza, pada 9 September 2020.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan menerima 1.26 juta dos vaksin polio OPV2 bersama 500 peti penyejuk vaksin, semalam.

Kementerian berkata, persediaan sedang dijalankan untuk melancarkan kempen vaksinasi ini dengan kerjasama rakan kongsi.

Pada 16 Ogos, kementerian mengumumkan kes pertama polio di Gaza dalam tempoh 25 tahun di bandar Deir al-Balah.

Kes melibatkan seorang bayi berusia 10 bulan yang belum menerima sebarang dos vaksin polio.

Penyakit tersebut menyerang kanak-kanak bawah lima tahun, dengan satu daripada 200 jangkitan boleh membawa kepada lumpuh.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara lima peratus hingga 10 peratus daripada mereka yang lumpuh meninggal dunia disebabkan kegagalan otot pernafasan

Sehingga kini, serangan Israel di Gaza mengakibatkan lebih 40,400 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sekatan di Gaza juga menyebabkan wilayah itu berdepan krisis kemanusiaan terburuk, kerana kekurangan bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×