Guna `jetter’ pecah serpihan konkrit kesan pelancong hilang

Guna `jetter’ pecah serpihan konkrit kesan pelancong hilang

PASUKAN mencari dan menyelamat menjalankan operasi di tapak tanah jerlus yang mengakibatkan seorang wanita warga India hilang di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Indah Water Konsortium (IWK) hari ini menggunakan `jetter’ bagi memecah serpihan konkrit bagi mencari seorang wanita warga India yang hilang dalam kejadian tanah bernam di Masjid India sejak Jumaat lalu.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pemecahan serpihan akan dilakukan sejauh 69 meter bermula dari lokasi tanah jerlus sehingga ke lurang kumbahan hilir.

Kata beliau, usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dijalankan dengan pembabitan pelbagai agensi.

“Pemeriksaan juga dijalankan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di Loji Pantai Dalam, di sini.

“Pihak IWK telah melaksanakan ‘flushing’ di lurang kumbahan lima mulai lewat malam tadi sehingga pukul 2 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata kenyataan itu, sehingga kini, pihak IWK belum menemui sebarang petunjuk.

“Orang awam dinasihatkan untuk tidak berada di kawasan berhampiran lokasi insiden bagi memastikan kelancaran kerja pencarian oleh pasukan SAR,” jelas kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×