Israel balas serangan Hezbollah di selatan Lubnan

Israel balas serangan Hezbollah di selatan Lubnan

SEBUAH kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) milik Hezbollah dipintas oleh tentera Israel di utara Israel, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Israel melancarkan gelombang serangan udara di seluruh selatan Lubnan awal hari ini, yang didakwa sebagai tindak balas terhadap kumpulan Hezbollah.

Pencerobohan berskala besar itu berlaku ketika Hezbollah mengaku melancarkan ratusan roket dan dron untuk membalas dendam terhadap pembunuhan salah seorang komander tertingginya, bulan lalu.

Pertempuran sengit dua pihak itu mengancam kepada peperangan besar, yang akan mengheret Amerika Syarikat (AS), Iran dan sekutunya di seluruh rantau tersebut.

Ia juga berpotensi menggagalkan usaha untuk mencapai gencatan senjata di Gaza, yang diambang kemusnahan akibat serangan berterusan tentera Israel.

Tentera Israel mendakwa, Hezbollah merancang untuk melancarkan serangan roket dan peluru berpandu ke arah negara itu.

Hezbollah kemudian mengumumkan sudah menyerang kedudukan tentera Israel sebagai tindak balas awal terhadap pembunuhan pemimpin tertingginya, Fuad Shukr, dalam serangan udara di Beirut.

Siren serangan udara dilaporkan di seluruh utara Israel, menyebabkan lapangan terbang antarabangsa Ben Gurion menutup dan menggantung penerbangan kerana ancaman serangan.

Serangan itu berlaku serentak ketika Mesir menjadi tuan rumah bagi pusingan baharu rundingan yang bertujuan menamatkan perang Israel-Hamas.

Sebelum ini, Hezbollah menegaskan akan menghentikan pertempuran di sempadan jika gencatan senjata Gaza dicapai.- AP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×