Peka perubahan cuaca jika mahu beriadah di kawasan rekreasi

Peka perubahan cuaca jika mahu beriadah di kawasan rekreasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengingatkan orang ramai khususnya pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berhasrat beriadah di kawasan rekreasi air supaya peka dengan perubahan cuaca bagi mengelak insiden tidak diingini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, berdasarkan rekod, terdapat tiga negeri iaitu Selangor, Sarawak dan Perak yang dilaporkan banjir ekoran hujan lebat. 

“Ketika ini adalah musim cuti bagi IPT dan pastinya ramai yang mengambil peluang untuk bercuti termasuk di kawasan rekreasi air. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, kami menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca dengan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (Mets Malaysia),” katanya dalam sidang akhbar Pelancaran Kelab Bomba Cilik JBPM di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, di sini, hari ini. 

Nor Hisham berkata, terdapat beberapa kawasan rekreasi air di Gombak dan Hulu Selangor merekodkan peningkatan air mendadak akibat hujan lebat, semalam. 

“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak berada di kawasan tadahan air mengalir apabila cuaca buruk (hujan lebat) memandangkan paras air boleh meningkat dengan cepat. 

“Orang ramai yang mahu pergi ke kawasan rekreasi air diminta supaya memeriksa keadaan cuaca terlebih dahulu cuaca sebelum bergerak ke lokasi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini