Tiga suspek kes gaduh ditahan - Utusan Malaysia

Tiga suspek kes gaduh ditahan

TANGKAP layar video tular memaparkan pergaduhan di sebuah restoran di Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan di sebuah restoran di Jalan Tok Ungku di sini seperti yang tular dalam video di media sosial berjaya ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, tiga suspek masing-masing berusia 17, 18 dan 20 tahun itu ditahan sepasukan polis pada pukul 12.40 tengah hari semalam di sekitar kawasan Seremban.

“Dengan tangkapan tiga suspek lelaki ini, pihak polis percaya telah dapat menyelesaikan kes pergaduhan tersebut.

“Suspek bekerja sebagai pekerja kedai makan selain ada yang tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas beliau, hasil soal siasat mendapati kesemua suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes gaduh.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes mendatangkan kecederaan dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kelmarin media melaporkan, pergaduhan mulut berkaitan isu peribadi mengakibatkan seorang remaja lelaki cedera dipukul rakannya dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Tok Ungku di sini.

Dalam kejadian pada pukul 11 malam, Ahad lalu mangsa lelaki 17 tahun berusia mengalami beberapa kecederaan di bahagian tubuh badan dan telah menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Terdahulu video berdurasi 41 saat memaparkan dua lelaki bergaduh dengan salah seorang dipukul menggunakan kerusi sehingga terbaring di atas jalan tular di media sosial.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×