Nak jadi kerajaan lawan di PRU, bukan guna SD - Azalina

Nak jadi kerajaan lawan di PRU, bukan guna SD – Azalina

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti pembangkang boleh bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika ingin membentuk kerajaan, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othmad Said.

Beliau berkata, parti pembakang boleh melawan kerajaan menggunakan platform PRU,  bukannya menerusi akuan berkanun (SD).

“Saya ingat lagi ketika itu, selepas Langkah Sheraton membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri. Namun, saya bertanya kepada Ketua Pembakang ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tentang keputusan Yang Di-pertuan Agong) dan beliau mengatakan PH terima keputusan tersebut.

“Kemudian Muhyiddin digantikan dengan kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri, saya juga bertanya kepada Anwar dan perkara sama dinyatakan bahawa tiada sebarang bantahan terhadap keputusan itu. ‘Gentleman’lah tu. Kemudian, dia lawan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Pada saya, tinggal baki tiga tahun, lawan sahajalah (di PRU). Kerana kita perlu membentuk semula kerajaan dan saya pula perlu membuat undang-undang, fokus masalah ekonomi dan kewangan negara. Jadi saya rasa, lawan pada PRU akan datang, tiada masalah. Ini negara demokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sering menentang kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dengan menggunakan sokongan SD.

Terdahulu, Azalina mengadakan lawatan ke Laman Media bersempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2024) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×