Pemandu dipenjara dua tahun, rakam gambar pegawai imigresen

Pemandu dipenjara dua tahun, rakam gambar pegawai imigresen

WOODLANDS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Gara-gara memuat naik gambar dan video seorang pegawai imigresen kerana tidak berpuas hati arahan mengalihkan penutup cahaya dari tingkap kereta, seorang pemandu berdepan hukuman penjara dua tahun.

Agensi berita Channel News Asia melaporkan, kejadian berlaku pada 12 Ogos lalu di Kompleks Imigresen Woodlands apabila Wong Jeo Wah, 37, diarah pegawai berkenaan agar mengalihkan penutup matahari dari tingkap penumpang kanan semasa pemeriksaan imigresen.

Namun Jeo Wah yang tidak berpuas hati dikatakan merakam gambar dan video pegawai Agensi Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) itu, perbuatan yang dilarang di kawasan pemeriksaan imigresen.

Pegawai tersebut kemudian merujuk tindakan warga Singapura itu kepada pejabat bertugas dan dia diberikan amaran tegas selepas mengakui mengambil gambar dan video.

Bagaimanapun, sehari kemudian, gambar dan video tersebut dimuat naik ke kumpulan Facebook Complaint Singapore dan lelaki itu kemudian dituduh di mahkamah pada minggu lalu.

Jeo Wah mungkin akan menghadapi pertuduhan tambahan di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan.

Dia ditawarkan ikat jamin sebanyak S$10,000 (RM33,408) dan akan kembali ke mahkamah minggu depan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, didenda sehingga S$20,000 (RM66,822) atau kedua-duanya sekali.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×