Tang Jie, Ee Wei tekad atasi kekecewaan di Jepun

Tang Jie, Ee Wei tekad atasi kekecewaan di Jepun

AKSI Toh Ee Wei (depan) ketika beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024..
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mahu menampilkan aksi terbaik di Terbuka Jepun bagi mengubat kekecewaan di Sukan Olimpik Paris 2024.

Tang Jie berkata, beliau mahu bangkit dan menjadikan Terbuka Jepun sebagai medan permulaan bagi beraksi di Sukan Olimpik seterusnya di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

“Memang kami sedih kerana tidak dapat melangkah jauh ke separuh akhir Olimpik Paris 2024. Namun kami masih ada peluang untuk menebus kembali pada temasya akan datang.

“Setiap kejohanan amat penting bagi kami. Sememangnya sukar mengalihkan fokus kepada kejohanan lain, tetapi kami perlu lupakan kekecewaan tersebut dan kembali bangkit.,” katanya.

Ketika di Paris, pasangan No.9 dunia itu mencipta kejutan pada penampilan sulung di pentas Olimpik apabila menjadi juara kumpulan D sebelum tewas kepada wakil Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun di suku akhir.

Selain itu, Tang Jie mendedahkan keutamaan beliau bersama Ee Wei sehingga hujung tahun ini adalah untuk memperbaiki ranking mereka.

“Kami ada kemahuan untuk bermain di setiap kejohanan dan kalau tidak, kami tidak akan berada di sini.

“Kalau boleh kami tidak mahu kekal (ranking kesembilan). Kami mahu tingkatkan dengan lebih baik lagi sehingga hujung tahun ini,” jelasnya.

Mereka dijadualkan akan bertemu rakan senegara profesional, Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing pusingan pertama pada pukul 9 pagi ini.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×