Gencatan senjata api Gaza, jadi atau tidak?

Gencatan senjata api Gaza, jadi atau tidak?

PENYOKONG pro-Palestin memegang sepanduk 'Free Palestine' ketika berkumpul di luar Downing Street di tengah London, pada 28 Mei lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sejauh mana rundingan gencatan api masih menjadi persoalan sehingga kini walaupun pelbagai pihak termasuk Amerika Syarikat (AS) optimis pelan itu berjaya dengan persetujuan Israel dan Hamas.

Hal ini kerana Hamas menuduh Israel menjadi penghalang manakala Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula masih belum memberikan keputusan dan setiap hari membedil bom ke atas Gaza.

Serangan tanpa henti berlaku serentak ketika rundingan berlaku secara tidak langsung menjejaskan rundingan tersebut walaupun Hamas pada mulanya bersetuju dengan perancangan meskipun dikemukakan oleh sekutunya sendiri, AS.

Terkini, serangan Israel di seluruh Gaza pada Ahad mengorbankan 29 nyawa termasuk lima kembar, mendorong pertambahan baharu angka kematian yang kini melebihi 40,000 orang.

MASIH TANDA TANYA

Rentetan daripada kegagalan siri rundingan di Doha, Qatar sebelum ini mencetuskan persoalan, sama ada pertemuan seterusnya di Kaherah, Mesir mampu menoktahkan krisis yang sudah hampir setahun.

Kesungguhan pengantara memberikan gambaran positif tidak selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan pejuang Palestin dan musuhnya Israel.

Pendirian kedua-dua pihak yang dilihat masih degil meleraikan ketegangan, seolah-olah mengurangkan peluang untuk rundingan seterusnya mencapai kemajuan.

Hamas, yang tidak turut serta dalam rundingan, menegaskan cadangan baharu yang didakwa ‘merapatkan jurang’, hanya memberi kelebihan kepada Israel.

Mereka komited dengan pelan diumumkan Presiden AS, Joe Biden pada akhir Mei dan menggesa pengantara untuk mendesak Israel melaksanakan cadangan tersebut.

“Cadangan baharu ini memenuhi syarat Netanyahu, termasuk penolakannya terhadap gencatan senjata kekal, penarikan pasukan dari Gaza dan ketegasannya untuk terus menduduki Persimpangan Netzarim, pintu sempadan Rafah dan Koridor Philadelphi.

“Kami menganggap Netanyahu bertanggungjawab di atas kegagalan usaha pengantara, menghalang perjanjian dicapai dan bertanggungjawab terhadap nyawa tahanannya yang terdedah bahaya sama seperti rakyat kami akibat serangan sistematik di Gaza,” kata Hamas.

Sementara itu, Pejabat Netanyahu pula menegaskan Israel tidak akan mengalah dalam syaratnya dan menegaskan perjanjian tersebut perlu membenarkannya meneruskan perang di Gaza.

“Perdana Menteri akan terus mempromosikan perjanjian yang akan memaksimumkan jumlah tebusan yang masih hidup dan pada masa sama membolehkan Israel mencapai semua matlamat perang,” kata pejabat itu dalam kenyataan, kelmarin.

Cadangan yang dipanggil proses tiga fasa akan meliputi pembebasan semua tebusan perang oleh Hamas semasa serangan 7 Oktober tahun lalu dan Israel pula akan menarik balik operasi ketenteraannya dari Gaza.

AS bersama Mesir dan Qatar mendakwa ‘rundingan tergantung’ di Doha minggu lalu semakin hampir tercapai meskipun tiada kata putus dibuat sehingga memaksa dilanjutkan lagi ming­gu ini.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menggunakan misi diplomatik yang kesembilan ke Asia Barat sejak permulaan perang Israel-Hamas, untuk mendesak penyelesaian segera gencatan senjata.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×