Akhirnya bertemu juga dengan Istiqomah walau sudah tidak bernyawa

‘Saya akhirnya bertemu dengan Istiqomah walaupun dia sudah tidak bernyawa’

MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Setelah hampir lapan bulan menghilangkan diri tanpa berita, penantian Mohd. Yusof Mokhtar, 35, akhirnya berakhir apabila akan bertemu isterinya, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, walaupun bukan dalam keadaan yang diinginkan.

Mohd. Yusof berkata, dia dimaklumkan oleh pihak Hospital Melaka bahawa dia sudah boleh menuntut jenazah isteri yang dibunuh kejam dalam kejadian yang berlaku Disember lalu.

Walaupun dengan berat hati, bapa kepada tiga anak itu reda untuk pergi ke hospital tersebut bagi menuntut jenazah isterinya.

“Alhamdulillah, penantian saya berakhir  setelah lapan bulan tak putus-putus ikhtiar mencarinya di merata lokasi.

“Walaupun dapat berita yang menyedihkan ini, kami sekeluarga reda dengan ketentuanNya. Setidaknya, ada juga kubur untuk saya dan anak-anak serta keluarga untuk ziarahi nanti,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Yusof bersama ahli keluarga serta Ibu dan bapa mertuanya bergerak menuju Hospital Melaka pada 8 pagi tadi bagi menuntut jenazah isterinya.

Istiqomah yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, itu, dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja sejak 26 Disember lalu.

Pada 6 Januari lalu, mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki, dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang kira-kira 2 petang.

Siasatan awal disyaki mangsa dibunuh dengan anggota badan iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong dan disumbat ke dalam tong sampah sebelum dibuang ke dalam longkang.

12 Ogos lalu, polis mengesahkan mayat berkenaan adalah Istiqomah Ahmad Rozi, yang dilaporkan hilang pada 27 Disember tahun lalu.

Susulan itu, sepasang suami isteri berusia 37 dan 36 tahun ditahan polis di Chemor, Perak pada 5 Ogos lalu bagi membantu siasatan.

Hari ini, suspek lelaki berusia 37 tahun itu dituduh di Mahkamah Majistret Melaka untuk didakwa di bawah 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek itu merupakan kenalan lama Istiqomah ketika melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusof memberitahu, jenazah isteri yang akan dituntut di Hospital Melaka itu akan terus dibawa pulang ke di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas, Kelantan untuk dikebumikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×