LOS ANGELES: Pelakon, Dakota Johnson, 34, menoktahkan desas desus kononnya sudah berpisah dengan tunangnya yang juga vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin.
Dakota atau nama sebenarnya Dakota Mayi Johnson menerusi wakil, memaklumkan portal E! bahawa spekulasi berkenaan tidak benar dan mereka dalam fasa bahagia.
Desas desus perpisahan itu juga serta merta terkubur apabila pelakon itu dirakam menunjukkan cincin pertunangnnya ketika berada di Malibu, California baru-baru ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dakota dan Chris cuba merahsiakan hubungan mereka sejak kedua pasangan itu mula intim pada tahun 2017.
Pelakon cantik itu bagaimanapun mula selesa bercakap mengenai hal peribadi menerusi beberapa wawancara sejak kebelakangan ini.











