Ali baba punca ekonomi orang Melayu tidak berkembang

Ali baba punca ekonomi orang Melayu tidak berkembang

Amalan perniagaan 'ali baba' merupakan salah satu faktor yang menyumbang terhadap orang Islam terus ke­tinggalan dalam bidang ekonomi dan perniagaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amalan perniagaan ‘ali baba‘ merupakan salah satu faktor yang menyumbang terhadap orang Islam terus ke­tinggalan dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

Pakar ekonomi dan Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd. Faisol Ibrahim berkata, usa­hawan Muslim lebih gemar me­ngamalkan konsep perniaga­an ali baba kerana mahukan pulangan segera.

Katanya, amalan itu tanpa disedari boleh merencatkan per­kembangan ekonomi Islam se­cara keseluruhan kerana ia menghalang pemegang lesen asal daripada membina pengalaman, pengetahuan dan hubu­ngan dalam perniagaan.

“Kebanyakan usahawan Muslim memilih untuk menyewa lesen syarikat atau premis perniagaan kepada pihak lain dan hanya mengambil keuntungan tanpa terlibat secara langsung dalam perniagaan.

“Walaupun strategi ini mungkin memberikan pulangan se­gera, namun ia tidak memberikan manfaat jangka panjang dan menghalang perkembangan ekonomi orang Islam secara keseluruhan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam, ruangan Wawancara dalam Mingguan Malaysia mela­porkan kegagalan masyarakat Is­lam dalam menguasai ekonomi me­nyebabkan kesejahteraan ummah tidak terbela.

Pengerusi Eksekutif GISB Holdings (GISBH), Nasiruddin Mohd. Ali berkata, disebabkan itu, 85 peratus daripada industri halal di negara ini dikuasai bukan Islam.

“Gagal menguasai ekonomi bermakna tidak mampu mem­bela kesejahteraan ummah kera­na terpaksa bergantung kepada modal dan perniagaan daripada golongan bukan Islam,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Ekonomi di Universiti Tek­nologi Mara (UiTM), Dr. Ba­shir Ahmad Shabir Ahmad berkata, kesan penjajahan Bri­tish yang memecahkan sistem ekonomi orang Melayu ketika itu turut menjadi faktor.

“Seperti kita tahu, masyarakat Melayu didedahkan dengan sektor pertanian, masyarakat India dalam perlombongan dan ma­sya­rakat Cina bidang perniagaan.

“Dasar-dasar ekonomi keti­ka itu lebih memihak kepada ke­lompok tertentu, dan menyekat penglibatan aktif orang Melayu dalam ekonomi yang menyebabkan kesan jangka panjang hingga kini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×