Netanyahu tolak bertemu Setiausaha Luar Britain

Netanyahu tolak bertemu Setiausaha Luar Britain di tengah ketegangan diplomatik

LAMMY dan rakan sejawatnya dari Perancis, Stephane Sejourne mengadakan sidang media di Jerusalem pada 15 Ogos 2024.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan tekah menolak untuk bertemu dengan Setiausaha Luar Britain, David Lammy ketika beliau melakukan lawatan kerja ke Tel Aviv, lapor media Israel.

Channel 13 melaporkan semalam bahawa Netanyahu tidak menghadiri pertemuan dengan Lammy kerana beliau dilaporkan benar-benar marah dengan sekutu rapatnya yang tidak membantah kes yang dihadapinya di Mahkamah Antarabangsa The Hague selain berkemungkinan bakal didakwa atas tuduhan pembunuhan beramai-beramai di Gaza.

Kes pendakwaan terhadap Israel tersebut telah difailkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan ketua pendakwa raya, Karim Khan pada 31 Mei lalu di mana mahkamah telah perintahkan supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.

Sementara itu, kes berlainan turut difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang kini telah disertai oleh beberapa buah negara lain untuk menjadi sebahagian daripada aduan yang kini sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah.

Kerajaan Britain pimpinan Perdana Menteri, Keir Starmer dari Parti Buruh dilihat semakin mengkritik pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel di Gaza.

Lammy baru-baru ini mengutuk pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap orang awam di sebuah sekolah di wilayah Gaza yang sudah terkepung selama 11 bulan terakhir ini.

Yang terbaru, beliau mengecam insiden pencerobohan ke kawasan Masjid Al-Aqsa yang dilakukan oleh pendatang haram Israel dengan diketuai oleh Menteri Kanan Israel, Itamar Ben-Gvir. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×