Geng Am aktif pecah masuk sekolah di JB tumpas Geng Am aktif pecah masuk sekolah di JB tumpas

Geng Am aktif pecah masuk sekolah di JB tumpas

ASISTEN Komisioner Raub Selamat (tengah) menunjukkan barangan yang dicuri hasil daripada kegiatan pecah masuk sekolah. -BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan kumpulan jenayah dikenali sebagai Geng Am yang aktif melakukan kegiatan pecah masuk sekolah di sekitar bandar raya ini selepas menahan empat individu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek berusia antara 30 hingga 36 tahun ditahan dalam sembilan operasi dijalankan pada Rabu dan Khamis lalu.

Menurut beliau, penahanan kesemua suspek itu berjaya menyelesaikan tiga kes pecah sekolah yang dilaporkan di sekitar bandar raya ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Modus operandi digunakan suspek adalah memecah masuk sekolah menengah pada waktu malam dan menyasarkan barangan berharga seperti perkakas masakan, alat muzik, alat elektronik dan lain-lain.

“Kerugian dialami di semua sekolah berkenaan dianggarkan bernilai RM30,000. Setelah barangan tersebut dicuri, suspek akan menjualnya di pasaran seperti kedai runcit dan lain-lain,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, di sini hari ini.

Tambah Raub, antara barangan yang dirampas dalam kesemua operasi itu termasuk lapan tong gas; tiga gitar; dua komputer riba; tiga unit penimbang berat; lapan mesin pasta; satu mesin pencetak dan tiga mikrofon tanpa wayar.

“Ujian urin mendapati keempat-empat suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala tiga daripada mereka termasuk ketua kumpulan yang bernama Amri mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula Khamis lalu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” jelasnya lanjut.

Selain itu, Raub turut meminta kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian jenayah yang berlaku di kawasan mereka bagi memastikan bandar raya ini selamat dan sejahtera. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN