Jadi penaja utama tetapi diminta tinggalkan program

Jadi penaja utama tetapi diminta tinggalkan program

KUMAR ketika berucap pada Kursus Kejurulatihan Spesifik Sukan Bina Badan Tahap Satu di Bunga Kemboja Fitness, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur (PBBKL), Krishna Kumar meluahkan rasa kecewa apabila diminta meninggalkan program Kursus Kejurulatihan Spesifik Sukan Bina Badan Tahap Satu walaupun hadir sebagai tetamu jemputan.

Beliau yang sedang menjalani penggantungan selama dua tahun oleh Malaysia Body Building Federation (MBBF) mendakwa, senario berkenaan amat pelik kerana beliau telah dijemput menyampaikan ucapan atas kapasiti sebagai penaja utama kursus itu.

Beliau menjelaskan, adalah tidak logik tidak membenarkan dirinya berada di lokasi sepanjang kursus empat hari itu kerana lokasi penganjuran kursus iaitu Bunga Kemboja Fitness adalah merupakan miliknya dan setiap aktiviti memerlukan pemantauan.

“Sakit hati dengan Malaysia Body Building Federation (MBBF), buat kursus di tempat saya dan saya adalah penaja utama, malah semua peserta saya yang carikan tetapi saya tidak boleh berada di sana.

“Dalam ucapan rasmi, saya siap puji MBBF sebab kerjasama dalam kursus ini. Saya sudah buat laporan polis, macam mana pun esok saya kena ada di sana juga sebab saya yang jaga sistem audio dan ‘led screen’ di bilik seminar, sudah la sistem itu mahal. Rosak bukan mahu ganti.

“Saya masuk bukan sebagai presiden president. Takut sangat la mereka ni,” tulis di media sosial miliknya selain turut memuatnaik rakaman video berkongsi mengenai insiden itu serta laporan polis yang telah dibuat, semalam.

Kumar ketika ini digantung oleh MBBF selama dua tahun pada akhir bulan lalu kerana kelantangannya mempertikaikan laporan kewangan majlis itu sebelum Mesyuarat Agung Tahun (AGM) MBBF awal bulan ini.

Untuk rekod, Kumar yang juga Presiden Persatuan Pusat Gim Malaysia pernah dinobatkan sebagai Penyumbang Pembangunan Sukan Yang Terbilang 2023 oleh Persekutuan Kecergasan Dunia (WFF) Malaysia atas sumbangan selama 10 tahun dalam sukan bina badan di negara ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×