Thaksin dapat pengampunan diraja, parol tamat esok

Thaksin dapat pengampunan diraja, parol tamat esok

THAKSIN SHINAWATRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dimasukkan dalam pengampunan diraja untuk banduan dan parolnya akan berakhir esok.

Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Winyat Chartmontri kepada Reuters, hari ini.

Menurut laporan akhbar Thailand, Matichon, pengampunan diraja itu memberikan pembebasan lebih awal kepada Thaksin, yang sepatutnya tamat pada akhir bulan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau kini berada dalam parol selepas hukuman penjaranya diringankan kepada satu tahun, daripada lapan tahun, hampir setahun lalu.

Raja Thailand memberikan pengampunan kepada banduan, tahanan dan mereka yang diberi parol untuk menawarkan peluang baharu menyumbang kepada masyarakat, menurut kenyataan di laman web Royal Gazette, hari ini.

Thaksin adalah antara kira-kira 7,500 orang dalam parol yang dibebaskan, lapor Matichon.

Jumaat lalu, anak bongsu Thaksin, Paetongtarn Shinawatra memenangi undi Parlimen untuk dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Thailand.

Beliau dipilih selepas Mahkamah Perlembagaan Thailand memecat Srettha Thavinsin daripada jawatan, atas dakwaan kes etika yang membawa kerajaan itu ke dalam pergolakan politik baharu.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini