Pelatih dikurung dengan singa di Zoo Belfast

Pelatih dikurung dengan singa di Zoo Belfast

ZOO Belfast menempatkan sekumpulan singa spesis Barbary, termasuk seekor singa jantan bernama Qays dan dua ekor betina, Fidda serta Theibba.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELFAST: Satu siasatan dijalankan selepas seorang pelatih di Zoo Belfast dikurung dengan beberapa ekor singa di dalam kandang awal bulan ini.

Majlis Bandaraya Belfast memaklumkan, pihaknya mengambil serius keselamatan semua kakitangan dan pengunjung serta berjanji siasatan yang adil akan dijalankan.

BBC News melaporkan, pekerja pelatih yang namanya tidak didedahkan berusia dalam lingkungan 18 tahun.

Persatuan Zoo dan Akuarium Britain dan Ireland juga telah dimaklumkan dan akan bekerjasama sepanjang proses siasatan.

Zoo Belfast menempatkan sekumpulan singa spesies Barbary, termasuk seekor singa jantan bernama Qays dan dua ekor betina, Fidda dan Theibba.

Baka itu adalah antara sub-spesies singa terbesar yang boleh mencapai ketinggian satu meter dan tiga meter panjang serta berat 230 kilogram.

Dalam satu kenyataan, Majlis Bandaraya Belfast memberitahu pihaknya tahu mengenai insiden berkenaan.

“Kami mengambil berat keselamatan semua kakitangan, pengunjung dan haiwan. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian ini,” tambahnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×