20,259 pengundi tentukan nasib Awie, Mohd. Rizwadi

20,259 pengundi tentukan nasib Awie, Mohd. Rizwadi

MOHD. AZMAWI FIKRI ABDUL GHANI (kiri) dan MOHD. AZIZI ABU NAIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 20,259 pengundi ber­daftar akan keluar menjalankan tanggungjawab bagi memilih wa­­kil rakyat baharu pada Pilihan Ra­ya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

PRK ini dilangsungkan selepas penyandangnya Mohd. Azizi Abu Naim daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilucut hak sebagai Ahli DUN selepas melanggar peraturan dengan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus bertentangan dengan prinsip parti.

Ekoran itu, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengumumkan kekosongan luar jangka pada 13 Jun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas beliau menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada Bersatu mengenai pengguguran keahlian Mohd. Azizi.

PRK kali ini menyaksikan pertembungan dua pemimpin muda antara Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie daripada Barisan Nasional (BN), sementara Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan logo Pas, mempertaruhkan Mohd. Rizwadi Ismail sebagai calon.

Pencalonan Mohd. Rizwadi itu mencetuskan kontroversi apabila dia baharu dua hari menyertai Bersatu dan terus diangkat sebagai calon.

Bukan itu sahaja, Mohd. Rizwadi yang sebelum itu merupakan Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang dikatakan terpaksa keluar, kemudian bersama Bersatu dalam misi mempertahankan Nenggiri.

Hal ini kerana, parti tersebut mahu kerusi Nenggiri kekal sebagai status quo mereka.

Sepanjang dua minggu ber­kempen, BN lebih tertumpuan kepada isu-isu bersifat ‘lokal’ de­ngan memberi penekanan kepada usaha menyelesaikan masalah berbangkit di kawasan itu.

Sementara PN lebih ‘berselera’ menunggang isu-isu bersifat nasional seperti BlackRock, penya­saran diesel dan banyak lagi da­lam usaha meraih soko­ngan.

Sungguhpun begitu, rakyat Nenggiri pastinya bijak untuk membuat penilaian antara kaca dan pertama.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) lalu, Mohd. Azizi Abu Naim yang menggunakan logo Pas berjaya menewaskan penyandang kerusi berkenaan dari BN Ab. Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×