Umum miskin tegar Sabah berjaya dinoktahkan cetus naratif palsu

Umum miskin tegar Sabah berjaya dinoktahkan cetus naratif palsu

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengumuman yang tidak konsisten daripada kerajaan negeri Sabah mengenai kemiskinan tegar berjaya diselesaikan menimbulkan naratif palsu.

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pengumuman dibuat oleh Ketua Menteri seolah-olah mengabaikan gambaran sebenar mengenai masalah kemiskinan tegar di Sabah. 

Beliau berkata, pada Selasa, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan kemiskinan tegar di Sabah telah berjaya dibasmi, namun keesokan harinya satu lagi kenyataan dikeluarkan menunjukkan kemiskinan tegar di Sabah belum dihapuskan sepenuhnya.

Berdasarkan kenyataan itu, bilangan miskin tegar terkunci adalah seramai 22,510 ketua isi rumah (KIR) yang ditetapkan pada awal tahun ini.

“Jumlah yang dinyatakan memberi gambaran bahawa angka-angka tersebut adalah tetap walhal kemiskinan adalah satu keadaan yang sentiasa berubah, terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa yang masih tidak stabil ini. 

“Angka-angka ini harus dinilai dan dikemas kini secara berkala untuk mencapai keputusan dan penyelesaian yang lebih baik. 

“Perlu ada kelonggaran dan keterbukaan terhadap maklumat baharu bagi membuat keputusan termaklum dan rasional. Turunlah padang dan lihat sendiri keadaan di sana. 

“Sehingga hari ini, lapan daripada 10 daerah termiskin di Malaysia terletak di Sabah dan ramai antara mereka memperoleh pendapatan jauh di bawah garis kemiskinan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, terdapat keperluan mendesak untuk mencari penyelesaian mampan bagi menangani kemiskinan tegar.

Kata beliau, untuk bergerak ke arah pembasmian kemiskinan tegar, perlu ada formula yang bergantung pada angka yang tepat dan realistik serta klasifikasi yang jelas mengenai apa yang dimaksudkan sebagai miskin tegar bagi memberi gambaran sebenar tentang keadaan di Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×