66 termasuk seorang pengurus syarikat warga asing ditahan Imigresen

66 termasuk seorang pengurus syarikat warga asing ditahan Imigresen

ANTARA warga asing yang ditahan JIM Johor menerusi beberapa serbuan berasingan di seluruh negeri sejak Isnin hingga Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 66 warga asing termasuk seorang majikan warga Pakistan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menerusi beberapa serbuan berasingan bermula Isnin hingga Rabu lalu.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, operasi itu dijalankan pihaknya susulan aduan awam yang memaklumkan kawasan berkenaan telah ‘dibanjiri’ warga asing sehingga menggusarkan penduduk tempatan.

Katanya, sejumlah 18 premis diserbu menerusi Op Serkap, Op Sapu, Op Dandan dan Op Belanja.

“Pemeriksaan dibuat terhadap 86 warga asing dan tempatan berjaya menahan 66 warga asing dari Myanmar, Indonesia, India, Bangladesh, Pakistan, Vietnam dan Nepal. 

“Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 43 tahun. Seorang warga Pakistan yang merupakan pengurus syarikat berusia 67 tahun juga ditahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Rusdi memberitahu, pihaknya turut menjalankan Op Selera dan Op Sapu di Batu Pahat dengan kejayaan menahan 11 individu termasuk seorang warga tempatan.

“Mereka yang ditahan merupakan warga Bangladesh, India dan Myanmar berusia antara 24 hinga 54 tahun. 

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang merupakan pemilik restoran berusia 59 tahun,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155); Seksyen 15 (1)(c) dan Sesyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150) serta Seksyen 15 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×